Tuesday 9 April 2013

Turunkan Harga Kereta : Sekejap Bankrap, Sekejap Tak Bankrap?


Seperti yang kita maklum,  hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan Harga Kereta memang sudah lama diilhamkan. Sebelum manifesto Pakatan Rakyat dilancarkan pun, mereka sudah menjelajah ke seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat bahawa Harga Kereta memang boleh diturunkan.

Tetapi selepas manifesto Pakatan Rakyat dibentangkan, Barisan Nasional terus menyerang tanpa memberi peluang untuk mereka menerangkan kepada Rakyat.

Banyak kenyataan-kenyataan  dangkal pemimpin Barisan Nasional ketika Pakatan Rakyat ingin melaksanakan penurunan Harga Kereta sebelum ni. Antara kritikan yang diterima contohnya negara bakal bankrap jika Pakatan Rakyat melaksanakan penurunan Harga Kereta.

Boleh rujuk link dibawah untuk melihat kenyataan-kenyataan mereka sebelum ni.

Kenyataan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop : http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-ramai-muflis-jika-harga-kereta-turun-seperti-disaran-pakatan-1.70831

Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : http://www.malaysiakini.com/news/205262

Kenyataan Khairy Jamaluddin : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120726/dn_14/Janji-turun-harga-kereta-rencat-usaha-kerajaan

Kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman : http://www.sinarharian.com.my/politik/turun-harga-kenderaan-cadangan-tidak-rasional-pembangkang-1.70702

Kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir : http://www.bharian.com.my/articles/CadanganPKRturunkanhargakeretagunakaedahlelonganAPmengelirukan/Article/


Tetapi pada 6 April 2013, Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak mengumumkan dalam manifesto mereka bahawa akan menyemak semula dasar automatif negara bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus.



Persoalannya kini, kenapa bila Barisan Nasional ingin melaksanakan penurunan harga kereta negara tidak bankrap? dan kenapa bila Pakatan Rakyat mengeluarkan manifesto mendapat kritikan yang hebat dari pemimpin-pemimpin dangkal umno?

Video dibawah menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh untuk menurunkan Harga Kereta tetapi dengan mudah ditiru oleh Barisan Nasional. Padahal sebelum ni mereka bersungguh-sungguh menentang pelaksanaan ini.



Gambar-gambar dibawah juga bukti bahawa Pakatan Rakyat bersungguh dalam pelaksanaan menurunkan harga kereta. Mereka menjelajah ke seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat.








Untungnya kita Rakyat bila ada pendesak yang kuat seperti Pakatan Rakyat di Malaysia. Akhirnya kita Rakyat Malaysia tahu yang Harga Kereta memang boleh diturunkan. Dan kita juga tahu Harga Kereta di Malaysia memang begitu tinggi sehingga membebankan Rakyat.

Kini Barisan Nasional sendiri terjerat dengan mainan politik mereka.

Akhirnya RAKYAT MENANG!




No comments:

Post a Comment