Saturday 19 January 2013

POLOK sebelum REBAH

Polok sebelum rebah.

Punggah bila MCA pun dah mula bersuara. Walaupun dah hampir pupus parti ni. Suara mereka tetap kedengaran walaupun agak sayup.

Kahkahkah.

Betapa poloknya umno, sampai sumbangan wang persekolahan seratus ringgit juga dimonopoli. Ish.. Ish.. Ish.. Umno ni kira nak up parti sendiri ja. Bagi la MCA sikit. Sama-sama up. Baru la boleh rebah sama-sama nanti.

Kahkahkah.

Kerana disebabkan bantuan persekolahan seratus ringgit ni jugak Perpaduan Barisan Nasional di wangsa maju ni bakal retak. Alahai, sebab tu pun nak berpecah ka? 

Oh! Lupa. Mereka sama-sama nak up la.
Jadi tak lama lagi mereka juga sama-sama rebah bila dihumban rakyat.
Cuma tunggu hari itu sahaja. Lepas tu hangpa nak gaduh punya pasai kat hangpa la.

Hidup Rakyat!

Tuesday 15 January 2013

Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112




Deklarasi Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut:

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas;

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka;

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia;

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum;

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan;

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia;

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan;

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi.

TUNTUTAN KAMI, TOLONG DENGARI.

Wednesday 9 January 2013

Stadium Merdeka #KL112 : Lulus

Hidup Rakyat.!!!

Akhirnya hak rakyat nak berhimpun di  stadium merdeka dibenarkan oleh pihak stadium. Bersejarahnya kali ni bila pihak polis dan juga pengurusan stadium memberikan kerjasama yang cukup baik untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Tapi..!!!

Walaupun Rakyat diberikan kebenaran kali ni, Kita perlu berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang ada. Waspada dengan helah yang bakal dihadapi. Pelbagai-bagai jenis kemungkinan yang bakal berlaku untuk menampakkan yang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ni kotor dimata masyarakat.

Apa-apa pun, Semoga ia menjadi sejarah kepada negara dan harap ia adalah perhimpunan terakhir sebelum PR memerintah kerajaan pada PRU13 ni.

#ABU

Tuesday 8 January 2013

Janji Dicapati.




Ikan siakap di dalam peti,
Peti cantik nampak berseri.
Tema merdeka janji DITEPATI,
Idea dari seorang menteri.


Kahkahkah.

Tua-tua miang keladi,
Keladi di tanam ditepi jeti.
Menteri tua minta BALAS BUDI,
Oleh kerana janji dah di TEPATI.


Kahkahkah.

Pergi ke penang menaiki feri,
Feri laju terlanggar jeti.
Rakyat kata menteri tak sedar diri,
Dulu bagi sekarang di UNGKITI.


Kahkahkah.

Si miskin lapar minta simpati,
Simpati ingin sesuap nasi.
Nasi di bungkus daun keladi,
Perut dah kenyang senanglah hati.


Kahkahkah.

Merdeka tahun ni khusus tuk PATI,
PATI yang sudah dapat IC.
IC dah ada boleh la mengundi,
Maksud sebenar JANJI DITEPATI.

Rapat Kemuncak 11 Januari di Kg Baru: Festival Rakyat, Pedoman dan Pengarahan Akhir Untuk Hari Kebangkitan Rakyat

Kenyataan Umum
Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat.
Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik (countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12 Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal.
Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Paling penting, pentas Rapat Kemuncak ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk HKR. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab.
Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat.
Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan Hari Kebangkitan Rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat.
Che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
(Disunting dari harismibrahim.wordpress.com)

Monday 7 January 2013

Jangan Lupa Dua Belas Haribulan




Ayuh menghasut ke #KL112

Marilah semua buruh, pekerja swasta, pekerja kerajaan, yang bekerja sendiri, yang tak bekerja dan yang masih belajar ayuh peruntukkan satu hari iaitu 12haribulan ni.

12haribulan ni lah masa untuk menunjukkan rasa marah, rasa tak puas hati kepada sang pemerintah dengan berkumpul beramai-ramai secara aman.

Kenapa tak duduk rumah saja 12haribulan dan tunggu sahaja masa PRU ni untuk ajar?
-  Supaya kerajaan tahu yang rakyat marah. Mereka tahu tahap mana rakyat marah bila tengok kehadiran rakyat ke sana nanti.


Ayuh bersama beramai-ramai ke #KL112

Hangpa semua menentukannya!!!

Lembu yang hendak dilepaskan​.




DS Mohamad Salleh yang menghadapi 2 tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta memfailkan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan yang di kenakan ke atasnya.

Amboi Amboi Amboi.

Semudah 1 2 3 dia nak minta digugurkan dan senang macam Oreo putar, jilat dan celup.

Kah kah kah.

Dah sedap-sedap rembat hak Rakyat, duit Rakyat ingat senang nak digugurkan begitu saja? Bukan sikit, Kalau 500 duit BR1M atau Rebat telefon pintar takpa la. Ni puluh-puluh juta, ratus-ratus juta.
Rakyat yang susah mencuri shampoo atau susu anak contohnya pun kalau salah tetap dianggap salah.

 

Mudahnya kaum kerabat pemimpin umno nak lepaskan diri?

Fikir lah sendiri wahai-wahai Warga Marhain semua.

Rusmah dan Roti 1Malaysia



"Saya ingin merayu dan mencadang untuk pertimbangan program Roti 1Malaysia – mungkin anda boleh pertimbang secara serius untuk memperluas program ini ke semua pusat PERMATA kami di seluruh negara,"-Rusmah

 

Bersemangat nampaknya Rusmah dengan acara terbarunya Roti 1Malaysia.

 

Kah kah kah.

 

Tak pasti apa niat sebenarnya. Adakah mahu budak-budak permata ni 'chubby' sepertinya? Hahahaha.

Kalau dulu hobinya suka kepada cincin, barang kemas atau beg-beg mahal. Sekarang sudah lain. Tekanan hebat dari dalam agaknya. Kesian jugak Rusmah tak boleh meneruskan niat mengumpul cincin lagi.

Rasanya roti Najib aka roti kosong tak ada teloq lebih sedap sebenarnya bila dicicah kari daging.

 

Kahkahkah.

Friday 4 January 2013

PANTUN #KL112

Ayuh rakyat ke kota raya,
Tua muda miskin dan kaya.
Himpunan rakyat satu juta,
Mari turun ke jalan raya.


12haribulan tarikh mesti ingat,
Tarikh di ingati Rakyat Malaysia.
Biar semua pasang niat,
Semoga perjuangan tidak sia-sia.


Kuning untuk Bersih,
Merah untuk Royalti.
Bagi yang mau turun terima kasih,
Akan di ingati sampai ke mati.


Oren untuk Felda,
Hijau untuk Anti Lynas.
Mari semua rakyat jelata,
Biar kerajaan berasa rimas.


Ayuh #KL112

Jangan lupa menghasut rakan-rakan semua untuk ke Kuala Lumpur 12 haribulan ni.
TAK KISAN TUA, MUDA, MISKIN DAN KAYA. AYUH SEMUA!